Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t, aku telah diberikan rezeki untuk aku memulakan pembinaan kandang kambing dan sehinggalah kambing melangkah masuk kedalam.
![]() |
RANGKA kandang 9x9 |
![]() |
BOLT & NUT yang digunakan |
![]() |
JAGUH KAMPUNG in action |
![]() |
AYAH & ADIK2 dalam proses pembinaan |
![]() |
Pembinaan DIKAWAL SELIA oleh jaguh kampung |
![]() | |
KANDANG KAMBING siap sedia menerima tetamu |
Kalau nak diceritakan sejarah bagaimana tergeraknya hati untuk membela kambing nie rasanya tak pulang den dok kat ofis nie mengarang, haha.
Di pendekkan cerita, selepas tamat belajar dahulu melihat kawan2 mengusahakan penternakan kambing secara part time dan berjaya membuahkan hasil sampai la sekarang ni.
Di situlah tergerak hati kecil ni untuk berusaha dan mencuba sendiri. Alhamdullilah langkah pertama berjaya dengan support dari semua ahli keluarga terutama isteri tersayang :)
Dengan menggunakan kayu 2nd hand dan membina sendiri kandang kambing bersaiz 9x9 sangat menjimatkan.
Di antara barang2 yang diperlukan :
1. Batu bata
2. Simen
3. Kayu dan Papan
4. Bolt & Nut
5. Screw
6. Zink (Atap)
KOS PEMBINAAN KANDANG : < RM1500