Tuesday 29 June 2021

Selepas 5 Tahun...

Assalamualaikum & Hi,

Selepas 5 tahun baru tergerak hati nak betul-betul mula menulis blog. Mungkin ada yang rasa blog is so outdated sekarang, tapi entahlah, jiwa tuaku ini tetap suka menulis dan membaca. We noticed that we usually write quite a long caption in Instagram. Itu pun dah dipotong-potong, haha. Selama mana semangat menulis dan mengemaskini ni bertahan, tak berani nak janji, haha. Tapi kami cuba. 

Sempena semangat baru ini, kami sedang dalam usaha (yang agak perlahan) untuk menghidupkan dan mengemaskini blog & miniweb (mobile friendly tetapi tiada posts) kami di bawah.

Kami juga sedang menghasilkan beberapa produk deko yang diinspirasikan dari barangan deko popular di luar negara. Kenapa nak buat? Entahla, kalau nak keluar duit sendiri mahal-mahal macam tak sampai hati pula. Kalau tools okay lagi. Jadi, kami cuba buat sendiri dan jual juga kepada sesiapa yang berminat pada harga mampu milik. Tapi sudah tentu bukan dalam kuantiti yang banyak kerana ini sekadar hobi.

Next post nak cerita tentang pengalaman kami survey rumah Eco World pada February lepas. Rasanya kami beli tak? 😉


Tuesday 22 June 2021

DIY Fabric Wall Art

Okay, ini tutorialnya. Sorry, not much pictures taken during the process. Secara asasnya, anda perlukan kayu, staple gun & kain.

1– Pastikan kepanjangan kayu sama dengan kelebaran kain (ikut suka nak buat besar macamana). Boleh juga guna kayu yang ringan. Kami just guna kayu leftover Hejne Ikea. Harga sekarang 2 batang tak salah rm20 tapi memang panjang kayu ni dalam 1.7m. Lebar kain dalam 1.45m so potong je yang lebih tu. Kalau guna kayu pine biasa pun dah okay sangat.