Tuesday 22 June 2021

DIY Fabric Wall Art

Okay, ini tutorialnya. Sorry, not much pictures taken during the process. Secara asasnya, anda perlukan kayu, staple gun & kain.

1– Pastikan kepanjangan kayu sama dengan kelebaran kain (ikut suka nak buat besar macamana). Boleh juga guna kayu yang ringan. Kami just guna kayu leftover Hejne Ikea. Harga sekarang 2 batang tak salah rm20 tapi memang panjang kayu ni dalam 1.7m. Lebar kain dalam 1.45m so potong je yang lebih tu. Kalau guna kayu pine biasa pun dah okay sangat.

2– Kain beli dari Spotlight masa sale (pic 3, kain di pic 2 tu la yang hilang & baru sampai semalam😂). Kain upholstery. Gamble je beli online. Nasib warna dia tak jauh beza. Saja pilih material ni sebab berat sedikit berbanding cotton.

3– Staple gun ni kena ada untuk staplekan kain pada kayu. Kami just staplekan terus atas kayu. Ada orang letak velcro sebab taknak kain rosak. Since kami tak pakai velcro, kami staplekan rapat2. Pastikan sebelum staple tu kain dah ditarik cekang.

4– Untuk gantung, boleh terus gantung kayu (screw) ke dinding ataupun guna tali yang macam kami buat. Pakai tali guni yang tebal. Lekatkan tali terus ke kayu guna staple or boleh pakai hook kecik. Tali guni boleh didapati di hardware. Hook untuk gantung atas tu, boleh je pakai paku tapi kalau nak semenggah sikit, pakai la hook yang besar. Hook kami dari Hooga.

5– p/s: Kayu Hejne ni berat ye. Jadi, bila gantung di hook besar, kayu tu macam tercungik sedikit. Untuk nampakkan kayu tu terletak elok, kami pakukan 1 paku di tengah kayu atas & bawah. Nasib baik hejne ni dah ada lubang so senang nak pakukan.

6. p/s: Nanti bila dah gantung, kiri kanan kain maybe nampak beralun. Just letak double side tape atau velcro belakang kain tu untuk make sure sisi kain nampak terletak. Lama2 nanti sisi kain akan okay.

So, that’s it. Kalau ada barang2nya sebelah mata boleh siap, haha. Kami ni lambat siap sebab mengada la nak sand & stain kayu. Kalau tak, cepat je siap, ehehe. And yes, masih belum letak gold thumbtack dekat lubang2 tu. Bila nak pakai tak jumpa pulak. Bila tak mencari aihh merata nampak 😒.