Sunday 31 May 2020

DIY Shiplap

Sebulan yang lepas, kami mengambil keputusan untuk membuat sendiri shiplap dibahagian dinding ruang foyer kami. Kami rasa shiplap ini amat sesuai untuk mana-mana design rumah baik modern, traditional, farmhouse atau minimalis secara amnya.

Memandangkan agak susah untuk membeli plank shiplap yang siap untuk di tampal, kami mengambil keputusan untuk memotong sendiri plank shiplap tersebut dari kepingan besar plywood. Shiplap boleh juga menggunakan material dari MDF. Ia lebih murah daripada plywood. Memandangkan kami tidak menjumpai MDF di sekitar kawasan rumah kami, maka plywood menjadi pilihan. Berikut adalah peralatan yang diperlukan bagi dinding kami yang berkeluasan lebih kurang 90 kaki.
  1. 3 keping plywood bersaiz 4x8 ft. Setiap keping berharga RM47.
  2. Bonding nails (construction adhesive glue) berharga RM8-RM10 sebotol. Kami guna dalam 6 botol.
  3. Circular saw untuk potong plywood mengikut lebar yang dikehendaki.
  4. Spirit level untuk pastikan plank yang ditampal adalah balanced.
  5. Duit syiling untuk dijadikan sebagai spacer antara plank (kami guna duit 50 sen sekeping).
  6. Paku, hammer, screw, kertas pasir/sander.
Berikut adalah gambar yang menunjukkan steps pembuatan shiplap:

1. Potong plywood kepada plank kecil, lebar dalam 6 inch. 6 inci adalah saiz standard. Kalau lebar nya kurang sedikit pun boleh dalam 5 inci lebar. Terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau kedai kayu boleh potongkan siap-siap lebih bagus kerana proses potong kayu ni renyah sedikit sebab berhabuk.



2. Boleh mula tampal dari atas atau bawah. Kami mula dari bawah. Disebabkan itu, kami paku dulu kiri, kanan dan tengah dinding untuk menahan plank pertama. Tampal plank ke dinding menggunakan adhesive glue. Pastikan glue itu diletakkan di belakang plank secara zigzag. Letakkan syiling 50 sen sebagai spacer antara plank bagi menjarakkan tampalan antara plank. Ketebalan spacer adalah mengikut citarasa masing-masing. Kalau mahu gap antara plank lebih besar, boleh guna dua keping syiling. Sebolehnya ukur dengan baik ketinggian dinding dengan ukuran plank supaya dari atas nampak seragam. Kalau bahagian bawah lebar nya kecil sedikit tidak mengapa kerana bahagian bawah bukan titik fokal pemandangan.



3. Setelah tampalkan semua plank, pastikan setiap joint antara plank diletakkan wood filler supaya plank yang bersambung nampak seamless. Tunggu wood filler kering dan kemudian gosok dengan kertas pasir/sander supaya permukaan yang bercantum itu rata.




4. Selepas wood filler diletakkan, cat shiplap tersebut mengikut warna yang digemari. Kami menggunakan cat minyak untuk hasil yang lebih baik. Pengalaman kami mengunakan cat air pada kayu pine board and batten bilik tidur anak sebelum ni adalah tidak berapa memuaskan. Apabila sudah di cat, anda akan nampak bahagian yang tidak sempurna. Sebagai contoh gambar di bawah. Kami masih tidak berpuas hati dengan kualiti sambungan antara joint plank tersebut. Maka, kami touch up bahagian tersebut dan cat semula bahagian itu.


5. Akhir sekali, ambil gambar lagi sekali untuk pastikan semua garisan gap tersebut timbul. Permukaan dinding rumah kami tidak begitu rata, maka ada plank yang sedikit ke dalam atau timbul. Anda tidak perlu mencabut plank tersebut tapi boleh cuba kaedah di dalam video di bawah. Hanya perlu masukkan screw sedikit dan gerakkan ke luar atau ke dalam untuk pastikan permukaan plank sama. Jangan risau, lubang screw tu boleh sahaja di touch up semula dengan wood filler tadi.



6. Akhir sekali, ambil gambar lagi sekali untuk pastikan semua plank dan garisannya okay. Ini pertama kali kami DIY sendiri shiplap, jadi mana-mana yang tak sempurna sangat tu kami tutup mata sahaja.


7. Setelah berpuas hati, bolehlah diletakkan perabut. Memandangkan ini adalah ruang foyer, kami letakkan rak kasut di dinding ini.


Total kos DIY shiplap ini (plywood & bonding nails, tidak termasuk tools) adalah lebih kurang RM200 bagi keluasan 90 kaki. Bagi kami kos ini mampu milik. Cuma memerlukan kesabaran. Tapi insyaAllah tidak menghampakan.

Apa yang kami pelajari daripada pengalaman ini:
1. Kalau tukang kayu dapat potong siap-siap kayu mengikut kelebaran plank yang anda mahu, kerja akan menjadi sangat-sangat mudah.
2. Boleh guna spacer yang lebih tebal sedikit, sebagai contoh dua keping 20 sen untuk gap yang lebih jelas.
3. Cat dahulu bahagian sisi dan depan kayu untuk memudahkan kerja. Ini kerana jika anda cat bahagian depan akhir sekali seperti yang kami buat, kadang-kadang cat akan hampir menutupi ruang gap antara plank tersebut. Apabila ini terjadi, kami terpaksa mengikis lebihan cat tersebut menggunakan pisau bilah. Jadi, bertambah kerja pula.

Rasanya setakat ini dulu. Kami harap post ini dapat membantu anda di luar sana yang mahu mencuba DIY shiplap ini. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh DM kami di IG caspiahome.


No comments:

Post a Comment