Shop From These People!

Jika anda tinggal di JB & sekitarnya, kami mengalu-alukan anda untuk mencuba produk & servis berikut. Mereka merupakan kawan-kawan sekerja & sejiran kami.
P/s: Ini adalah review ikhlas tanpa bayaran 💓.

Bahan Kisar Segera oleh ezypzyjb

Tidak punya masa untuk mengupas, menumbuk atau mengisar bawang dan cili? Ezypzyjb is for you. Diasaskan oleh kawan baik kami sendiri, Na’immah & Syafiq. Dijamin halal & toyyiban, tiada pengawet & MSG. Harga semestinya mampu milik dan penghantaran adalah percuma!



Mee Bandung Muar oleh Paling Muo Cafe
Setakat ini, mee bandung muo terbaik yang kami pernah makan adalah daripada kedai ini, diusahakan oleh rakan kami, Rashidi. Ye, harga mungkin agak pricey tetapi rasa, portion & presentation adalah sangat berbaloi dengan harganya.


Kek Pisang

 oleh 
Kek pisang ini dibuat oleh Elly, jiran Caspiahome sendiri. Selain kek pisang, Elly juga mengambil tempahan pencuci mulut manis yang lain. Dijamin sedap & tidak terlalu manis sekiranya anda adalah seorang yang mengawal pengambilan gula.



Wall Panelling oleh 

Walaupun baru sahaja bertapak dalam bidang ini, Sani & Amir telah menerima banyak tempahan memandangkan harga yang ditawarkan adalah mesra poket. Mempunyai latar belakang dalam bidang pembinaan, hasil kerja mereka adalah sangat memuaskan & mudah dibawa berbincang.
Occupational Therapy Centre oleh 
Diketuai Dr Dayana Farzeeha, pusat terapi ini menawarkan perkhidmatan occupational, speech & physio therapy kepada kanak-kanak autism khususnya. Pakej yang ditawarkan adalah berpatutan dan anda boleh menghubungi mereka bagi mendapatkan pakej konsultansi personal.