Thursday 8 July 2021

Rumah Pertama

Assalamualaikum & Hi semua,

Kali ni nak berkongsi cerita bagaimana kami mula-mula terdetik membeli rumah pertama kami, Caspia. 
Asalnya kami baru sahaja berkahwin dan Amirul mengikut berpindah sekali di Johor. 
Masa itu kami mendiami rumah felo. Tak terfikir langsung nak membeli rumah sebab tidak terasa akan bermestatutin di Johor memandangkan kami bukan berasal dari Johor dan kami tidak mempunyai saudara mara terdekat langsung di sini.

Apa yang kami fikirkan ketika itu adalah untuk membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan Amirul memandangkan dia perlu mempunyai kereta untuk bekerja.
Masa tu kami memang aim kereta Kia Forte. Bagi kami, kereta tu sangat smart looking dan safety rating nya juga tinggi. Bila mohon ke bank, permohonan Amirul ditolak! 
Mungkin disebabkan dia baru sahaja bekerja dan basic pay juga agak rendah untuk seorang fresh graduate, maka bank tidak mahu memberi pinjaman melainkan ada guarantor. 
Kalau ikutkan, saya boleh jadi guarantor, tetapi kami sebolehnya tidak mahu ada guarantor. Bila bank tolak, maksudnya bank tidak yakin kami mampu. Jadi, tak mengapa. Kita KIV dulu.

Suatu hari tu tahun 2012, Amirul dapat satu message di mobile phone (company mobile) ditujukan pada Mr M (ex staff company yang Amirul bekerja ketika itu).
Katanya ada satu rumah baru untuk dijual di taman ini. Jadi ejen tu bertanya jika Mr M masih berminat untuk lihat rumah tersebut. 
Entah macamana, Amirul tergerak untuk call dan maklumkan pada ejen tu yang Mr M dah tak bekerja di company itu. 
Amirul bertanya jika dia boleh melihat rumah tu. Ejen kata tak ada masalah dan dia tetapkan hari dan masa untuk tengok. 

Sebelum pergi viewing, kami google dulu rumah berkenaan dan pergi sendiri dahulu. Masa tu baru rumah showhouse siap. 
Tapi jujurnya, ketika sampai situ, kami terus rasa was-was. Adakah itu rumah Caspia yang kami google? 
Sebab rumah tu sangat besar bagi kami! Yelah, loan kereta baru sahaja direject, bila nampak rumah sebesar tu, dalam hati kata ini mesti hampir setengah juta punya rumah dan sudah tentu loan akan ditolak! 
Kami just perhatikan dan tunggu hari viewing.

Ni gambar rumah tahun 2013 dulu. *Bukan lot rumah kami (Source)

DIY Slatted Door

Assalamualaikum & Hi semua,

Kali ni nak update tentang projek DIY yang agak baru buat iaitu slatted door. Projek ini sebenarnya dibuat saing-saing dengan projek cat grill & luar rumah serta projek trim pintu. Tetapi untuk post kali ni kita fokus pada slatted door dulu.

Rasanya semua tahu kan design slat/slatted ni? Kebanyakan orang buat design ni di dinding ruang tamu atau ruang makan. Ada juga yang buat di pintu kabinet etc. Kami pula memang dah plan nak buat di pintu rumah utama inspirasi dari sini yang kami nampak beberapa tahun lepas. 

Material yang diperlukan adalah kayu, nail glue, primer & cat. Kayu tu terpulang pada anda nak pakai apa. Macam kami hanya pakai kayu siling/spin saiz 1x2'. Boleh juga pakai casing wire. Dekat shopee pun ada jual ready-made slatted panel. Ada dua jenis, MDF & WPC. Semuanya atas budget anda. Macam kami, nak jimat dan nak pakai kayu, jadi kami beli yang kayu spin sahaja. Reminder: kalau nak pakai MDF/kayu pastikan bukan di tempat yang terdedah dengan air dan lembap ya. Nanti kembang. WPC tahan sebab wood plastic composite. Yang tak tahan, harganya, haha.

Ni kayu spin tu. Dapat dengan harga RM3 sebatang (6ft lebih kurang)

Friday 2 July 2021

House Hunting

Bulan Februari lepas, tiba-tiba terasa nak pergi tengok rumah Eco Botanic di Johor Bahru. Tercetusnya idea nak pi merisik rumah ni sebab rasa macam eh cantik-cantiknya rumah developer ni, duk lalu-lalang dekat Facebook 😂.

Jadi, kami telefon seorang ejen ni dan tetapkan masa viewing. Ejen tu bawa kami tengok semua jenis rumah. Termasuk rumah yang hanya akan siap pada 2024/2025. Bila dah tengok semua tu, rasa berkenan dengan satu jenis rumah ni. Jadi, kami pun book rumah tu. Yang menariknya, tak perlu letak deposit. Ejen kata, bulan Mei, dia akan call untuk teruskan penjualan with proper documentation and all. Jadi, kami pun okay sahaja. 

The only picture we took during the viewing session 😅