Thursday 8 July 2021

Rumah Pertama

Assalamualaikum & Hi semua,

Kali ni nak berkongsi cerita bagaimana kami mula-mula terdetik membeli rumah pertama kami, Caspia. 
Asalnya kami baru sahaja berkahwin dan Amirul mengikut berpindah sekali di Johor. 
Masa itu kami mendiami rumah felo. Tak terfikir langsung nak membeli rumah sebab tidak terasa akan bermestatutin di Johor memandangkan kami bukan berasal dari Johor dan kami tidak mempunyai saudara mara terdekat langsung di sini.

Apa yang kami fikirkan ketika itu adalah untuk membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan Amirul memandangkan dia perlu mempunyai kereta untuk bekerja.
Masa tu kami memang aim kereta Kia Forte. Bagi kami, kereta tu sangat smart looking dan safety rating nya juga tinggi. Bila mohon ke bank, permohonan Amirul ditolak! 
Mungkin disebabkan dia baru sahaja bekerja dan basic pay juga agak rendah untuk seorang fresh graduate, maka bank tidak mahu memberi pinjaman melainkan ada guarantor. 
Kalau ikutkan, saya boleh jadi guarantor, tetapi kami sebolehnya tidak mahu ada guarantor. Bila bank tolak, maksudnya bank tidak yakin kami mampu. Jadi, tak mengapa. Kita KIV dulu.

Suatu hari tu tahun 2012, Amirul dapat satu message di mobile phone (company mobile) ditujukan pada Mr M (ex staff company yang Amirul bekerja ketika itu).
Katanya ada satu rumah baru untuk dijual di taman ini. Jadi ejen tu bertanya jika Mr M masih berminat untuk lihat rumah tersebut. 
Entah macamana, Amirul tergerak untuk call dan maklumkan pada ejen tu yang Mr M dah tak bekerja di company itu. 
Amirul bertanya jika dia boleh melihat rumah tu. Ejen kata tak ada masalah dan dia tetapkan hari dan masa untuk tengok. 

Sebelum pergi viewing, kami google dulu rumah berkenaan dan pergi sendiri dahulu. Masa tu baru rumah showhouse siap. 
Tapi jujurnya, ketika sampai situ, kami terus rasa was-was. Adakah itu rumah Caspia yang kami google? 
Sebab rumah tu sangat besar bagi kami! Yelah, loan kereta baru sahaja direject, bila nampak rumah sebesar tu, dalam hati kata ini mesti hampir setengah juta punya rumah dan sudah tentu loan akan ditolak! 
Kami just perhatikan dan tunggu hari viewing.

Ni gambar rumah tahun 2013 dulu. *Bukan lot rumah kami (Source)

Ni bahagian belakang rumah (Source)

Bila hari viewing tiba, memang sah! Ejen bawa kami ke rumah yang sama! Time tu macam Ya Allah, ada tak rezeki kami untuk memiliki rumah tu. 
Dengan bersize 22x83ft, kami rasa berbaloi sangat untuk beli. Porch kereta boleh memuatkan 3-4 kereta dengan selesa. 

Ni gambar porch. Sangat luas (Source)

Harga introduction adalah RM285000 ketika itu, tetapi walaupun baru dibina, semua 64 biji rumah telah habis/dalam proses dijual. Kiranya ejen kata yang dia bawa tunjuk ni adalah rumah yang mungkin tidak lepas buyer nak beli. 
Jadinya, masa kami book rumah tu, permohonan kami adalah number 2 dalam waiting list! Disebabkan itu, kami tiada peluang untuk memilih rumah mana yang kami mahu. Ejen kata kalau loan previous buyer tak lepas, dia akan masukkan nama kami.

Alhamdulillah, rasanya taklah menunggu lama then dapat call dari ejen minta documents kami untuk dibawa ke bank. Time tu berdebar sangat macam tak pasti lepas ke tidak. 
But Alhamdulillah loan kami lulus. Setahun lepas itu kami dapat kunci bulan Spetember 2013. In the next post, kami akan ceritakan bagaimana kami spent duit untuk masuk rumah tanpa major renovation dan personal loan.

No comments:

Post a Comment