Friday 2 July 2021

House Hunting

Bulan Februari lepas, tiba-tiba terasa nak pergi tengok rumah Eco Botanic di Johor Bahru. Tercetusnya idea nak pi merisik rumah ni sebab rasa macam eh cantik-cantiknya rumah developer ni, duk lalu-lalang dekat Facebook 😂.

Jadi, kami telefon seorang ejen ni dan tetapkan masa viewing. Ejen tu bawa kami tengok semua jenis rumah. Termasuk rumah yang hanya akan siap pada 2024/2025. Bila dah tengok semua tu, rasa berkenan dengan satu jenis rumah ni. Jadi, kami pun book rumah tu. Yang menariknya, tak perlu letak deposit. Ejen kata, bulan Mei, dia akan call untuk teruskan penjualan with proper documentation and all. Jadi, kami pun okay sahaja. 

The only picture we took during the viewing session 😅

Dalam tempoh tiga bulan tu, kami berbincang kerap kali juga tentang pembelian rumah tu. Apa yang kami buat, kami senaraikan kebaikan dan keburukan rumah itu dan rumah sekarang.

Rumah sekarang

Rumah Eco World

Cons

  • Jauh sikit dari tempat kerja Amirul
  • Jauh daripada supermarket/shopping mall
  • Bukan gated & guarded

Pros

  • Dekat dengan tempat kerja Awis 
  • Dekat dengan masjid - boleh berjalan kaki
  • Kedudukan rumah di hujung jalan bersebelahan dengan corner lot. Tak banyak kereta lalu. 
  • Kedudukan rumah fasa ni tinggi.
  • Sekolah dekat (walaupun anak-anak tidak dihantar di sekolah dalam taman ini)
  • Kawasan perumahan yang sunyi sebab fasa ni terasing dari fasa lain disebabkan kedudukan yang jauh dan dipisahkan saluran air.
  • Saiz rumah 22 x 83 ft

Cons

  • Jauh dari tempat kerja Awis
  • Masjid paling dekat di Kota Iskandar - not within walking distance
  • Sekolah agak jauh 
  • Saiz rumah 30 x 60 ft. Kalau ikutkan luas lebih kurang sama je dengan rumah sekarang tapi susunan rumah tu macam nampak kecil setiap ruang (tapi ni boleh jadi pros juga sebab bila ruang kecil, lebih senang nak manage kan)
  • Fasa rumah tu betul-betul sebelah highway.
  • Harga mahal ya ampun!

Pros

  • Dekat sedikit dengan tempat kerja Amirul
  • Rumah teres tapi ala-ala semi-D. 
  • Ada outdoor patio & backyard garden.
  • Strata title. Jadi, semua rumah akan nampak seragam.
  • Gated & guarded
  • Dekat dengan Medini shopping mall, Legoland, Mydin, Puteri Harbour.
  • Keluar gate perumahan je ada shops yang best2 macam Starbucks (padahal minumnya boleh kira dengan jari 😂)

Jadinya, bila dah senaraikan semua ini, yang paling penting adalah perancangan kewangan kami. Mampu atau tidak? Yang part ni, lama kami fikir. Rumah sekarang tinggal lebih kurang 15 tahun lagi je nak habis bayar (InsyaAllah kalau umur panjang). Kalau beli rumah Eco, bayaran bulanan adalah lebih tinggi dan lebih lama. Dah pencen bertahun-tahun pun nanti masih membayar. 

Alternatively, boleh habis bayar sebelum pencen tetapi itu bermaksud kami kena jual rumah kami yang lain on top of rumah sekarang. Disebabkan inilah, kami mengambil keputusan untuk tidak proceed dengan pembelian rumah baru. Yup, we chickened out, haha. Takut nak buat commitment baru. Hence, we decided not to buy the house and to stick with our main financial goal; to be debt free before we turn 50 years old. InsyaAllah.

* Next post kami akan bercerita tentang sejarah bagaimana kami terdetik untuk membeli rumah caspia ini 😊.

No comments:

Post a Comment