Tuesday 31 August 2021

Kos Cantikkan Rumah

Tajuk post tak boleh tahan, hahah. 
Antara soalan yang kami kerap dapat di IG adalah berapa kos buat itu ini? 
Mahal tak? Mampu milik tak? 
Jadi, kami tulis post ni supaya senang ada 1 tempat di mana semua boleh rujuk.

Kalau yang dah lama follow kami mesti tahu yang kami okay je nak share cost. 
Sebab bagi kami, kalau tahu info tentang range harga akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam perancangan rumah kita kan?
Dan kami dulu pun banyak bergantung pada laman web untuk cari info, review & kontraktor.
That's why we're more than happy to share some info on the cost. 

Baiklah, kami break down kan kos ikut fasa/ruang. 
Harus diingat ya, semua ni adalah jumlah kasar. 
Exact amount siap sen-sen tak ingat, lama dah. 
Dan harga yang kami share ni harga beberapa tahun dulu ya. 
Sekarang mungkin lah tidak dapat sama macam tu. 
Boleh jadi lebih mahal, boleh jadi lebih murah.
Sebab nilai kos tu sangat subjective bagi setiap individu bergantung pada bajet masing-masing. 

FASA 1: Kos masuk rumah (2013)
Masa pindah masuk, kami memang tak buat personal loan. 
Debit card pun tak ada apatah lagi credit card, huhu. 
Waktu tu memang bergantung pada duit cash savings & KWSP sikit. 

Daripada budget yang ada kami buat:
  1. Backyard awning: RM2500 (polycarbonate)
  2. Wiring: RM4000
  3. Langsir: RM1800 (zaman la ni langsir dah murah, banyak pilihan & cantik-cantik)
  4. Plaster siling: RM3000 (pada kami murah sangat! covers area foyer, ruang tamu sampai dapur, toilet bawah & guest room)
  5. Sofa, meja makan & katil masterbed: RM4700
  6. Grill: RM5000
Kipas, lampu: Dah start beli beberapa bulan sebelum masuk rumah.
Fridge, freezer & mesin basuh: Memang dah ada dari masa awal kahwin.
Almari baju: Tak ada. Just gantung kat tangga besi.
Kabinet masak: Guna kabinet stand alone yang ada tempat simpan tong gas tu.
Kabinet dapur: Guna almari buku beli kat Giant harga RM129.

FASA 2: Minor renovation (2015)
Next, bila dah ada budget semula, kami buat minor renovation. 
  1. Railing besi di tangga dibuang & bata dinaikkan. Skirting tangga di hacked & buang juga (konon nanti nak buat flooring in the future).
  2. Tiles dinding & lantai dapur di hacked.
  3. Tingkap sinki dikecilkan.
  4. Upah pasang tiles baru di backyard & dapur.
  5. Naikkan tembok sedikit di kiri, kanan & belakang (bersyukur sangat sebab rumah ni dah ada tembok separuh. Tinggal nak naikkan sampai awning je).
 

Kos semua di atas ialah rm6000. Yes, you read it right. 
Murah kan untuk semua tu. Alhamdulillah rezeki jumpa contractor tu (UPDATED: 0127406294 nama tak ingat & tak pasti sama ada pakcik ni masih ambil job atau tidak ya)

Kos barang-barang small renovation:
  1. Stainless steel security door di backyard: RM1500
  2. Aluminium louvers: RM1900 (dalam RM30-35 per sqft)
  3. Tiles backyard & dapur: RM1800 (Guocera brand-BMS Mall)
  4. Glass door & tingkap sink: RM1100 (Aluminium frame) UPDATED contact no:0167843945 (Bro Faizal)

FASA 3: Ikea Masterbed wardrobe & kitchen cabinet (2015)
Almari baju PAX: RM3k lebih sedikit. 
Sebelum tu ada minta quotation customised built in wardrobe. 
Contractor quoted a whopping RM8k, memang tak la proceed, haha. 

Kabinet dapur METOD: Total lebih kurang 20k
Kami memang tak survey any contractor sebab time tu memang dah aim nak guna Ikea metod. 
Kos ni untuk ukuran di bawah:
  • Keluasan dapur lebih kurang 171 sq ft- L-shaped. 
  • Total panjang base cabinet - 24 ft
  • Total panjang wall cabinet - 17 ft
  • Lebar tall cabinet - 8 ft
Bukan keluar duit sekali gus. Jumlah ni dari mula pasang sampai la rupanya macam sekarang.
Sebabnya lampu kabinet & certain accessories kami pasang kemudian bila ada budget baru.



Mahal ke murah? 
Maybe ada yang rasa mahal sebab tak termasuk harga pasang since kami pasang sendiri. 
Tulah, subjective sangat bab kos ni. For us, affordable sebab our kitchen cabinet agak besar. 
Dengan full wall cabinet, attached island and tall units. So, rasa sangat berbaloi. 
Yang best tentang Ikea ni kita boleh design ikut budget sendiri & boleh adjust bila-bila masa. 
Kalau dah bosan pakai pintu buka tutup, boleh pakai drawer, tukar design, etc.

Appliances & backsplash:
Two-door fridge: RM3500 (fridge & freezer lama kami donate) - Samsung
Range cooker with oven + hood + microwave: RM6000 - All from Rubine
Backsplash: Tiles below RM300 & upah pasang RM150

FASA 4: Laundry area (2018)
Kami guna mesin basuh top-load selama 7 tahun then baru tukar kepada front-load machine & dryer.
  1. Kabinet Ikea termasuk countertop, sink & tap: RM2000 lebih sedikit
  2. Washing machine & dryer: RM3992 dari Bosch.
Rasanya, setakat ni tulah kos yang kami dah spent untuk rumah ni. 
Ruang lain, mostly guna Ikea furniture & kami siapkan secara perlahan satu-satu. 
Kalau ada questions, just DM kami okay. We're happy to answer.


Thursday 8 July 2021

Rumah Pertama

Assalamualaikum & Hi semua,

Kali ni nak berkongsi cerita bagaimana kami mula-mula terdetik membeli rumah pertama kami, Caspia. 
Asalnya kami baru sahaja berkahwin dan Amirul mengikut berpindah sekali di Johor. 
Masa itu kami mendiami rumah felo. Tak terfikir langsung nak membeli rumah sebab tidak terasa akan bermestatutin di Johor memandangkan kami bukan berasal dari Johor dan kami tidak mempunyai saudara mara terdekat langsung di sini.

Apa yang kami fikirkan ketika itu adalah untuk membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan Amirul memandangkan dia perlu mempunyai kereta untuk bekerja.
Masa tu kami memang aim kereta Kia Forte. Bagi kami, kereta tu sangat smart looking dan safety rating nya juga tinggi. Bila mohon ke bank, permohonan Amirul ditolak! 
Mungkin disebabkan dia baru sahaja bekerja dan basic pay juga agak rendah untuk seorang fresh graduate, maka bank tidak mahu memberi pinjaman melainkan ada guarantor. 
Kalau ikutkan, saya boleh jadi guarantor, tetapi kami sebolehnya tidak mahu ada guarantor. Bila bank tolak, maksudnya bank tidak yakin kami mampu. Jadi, tak mengapa. Kita KIV dulu.

Suatu hari tu tahun 2012, Amirul dapat satu message di mobile phone (company mobile) ditujukan pada Mr M (ex staff company yang Amirul bekerja ketika itu).
Katanya ada satu rumah baru untuk dijual di taman ini. Jadi ejen tu bertanya jika Mr M masih berminat untuk lihat rumah tersebut. 
Entah macamana, Amirul tergerak untuk call dan maklumkan pada ejen tu yang Mr M dah tak bekerja di company itu. 
Amirul bertanya jika dia boleh melihat rumah tu. Ejen kata tak ada masalah dan dia tetapkan hari dan masa untuk tengok. 

Sebelum pergi viewing, kami google dulu rumah berkenaan dan pergi sendiri dahulu. Masa tu baru rumah showhouse siap. 
Tapi jujurnya, ketika sampai situ, kami terus rasa was-was. Adakah itu rumah Caspia yang kami google? 
Sebab rumah tu sangat besar bagi kami! Yelah, loan kereta baru sahaja direject, bila nampak rumah sebesar tu, dalam hati kata ini mesti hampir setengah juta punya rumah dan sudah tentu loan akan ditolak! 
Kami just perhatikan dan tunggu hari viewing.

Ni gambar rumah tahun 2013 dulu. *Bukan lot rumah kami (Source)

DIY Slatted Door

Assalamualaikum & Hi semua,

Kali ni nak update tentang projek DIY yang agak baru buat iaitu slatted door. Projek ini sebenarnya dibuat saing-saing dengan projek cat grill & luar rumah serta projek trim pintu. Tetapi untuk post kali ni kita fokus pada slatted door dulu.

Rasanya semua tahu kan design slat/slatted ni? Kebanyakan orang buat design ni di dinding ruang tamu atau ruang makan. Ada juga yang buat di pintu kabinet etc. Kami pula memang dah plan nak buat di pintu rumah utama inspirasi dari sini yang kami nampak beberapa tahun lepas. 

Material yang diperlukan adalah kayu, nail glue, primer & cat. Kayu tu terpulang pada anda nak pakai apa. Macam kami hanya pakai kayu siling/spin saiz 1x2'. Boleh juga pakai casing wire. Dekat shopee pun ada jual ready-made slatted panel. Ada dua jenis, MDF & WPC. Semuanya atas budget anda. Macam kami, nak jimat dan nak pakai kayu, jadi kami beli yang kayu spin sahaja. Reminder: kalau nak pakai MDF/kayu pastikan bukan di tempat yang terdedah dengan air dan lembap ya. Nanti kembang. WPC tahan sebab wood plastic composite. Yang tak tahan, harganya, haha.

Ni kayu spin tu. Dapat dengan harga RM3 sebatang (6ft lebih kurang)