Sunday, 31 May 2020

DIY Shiplap

Sebulan yang lepas, kami mengambil keputusan untuk membuat sendiri shiplap dibahagian dinding ruang foyer kami. Kami rasa shiplap ini amat sesuai untuk mana-mana design rumah baik modern, traditional, farmhouse atau minimalis secara amnya.

Memandangkan agak susah untuk membeli plank shiplap yang siap untuk di tampal, kami mengambil keputusan untuk memotong sendiri plank shiplap tersebut dari kepingan besar plywood. Shiplap boleh juga menggunakan material dari MDF. Ia lebih murah daripada plywood. Memandangkan kami tidak menjumpai MDF di sekitar kawasan rumah kami, maka plywood menjadi pilihan. Berikut adalah peralatan yang diperlukan bagi dinding kami yang berkeluasan lebih kurang 90 kaki.

Sunday, 24 April 2016

Backsplash

Backsplash ni cerita 5 6 bulan selepas kitchen cabinet siap dipasang. Selama ini memang tak ada pun. Susahnya la nak cari mosaic yang berkenan dihati semuanye nun jauh di ibu kota, haha. Akhirnya nekad nak pergi cari mosaic & terus beli. 

Jubin BMS la tempat yang paling banyak pilihan mosaic rasanya kat JB ni. Twiggy Triangle bersaiz 8 inch x 24 inch adalah model keluaran COTTO dari Thailand yang menjadi pilihan hati. Selepas tolak tambah bahagi darab, 40 keping mosaic diperlukan.
TWIGGY TRIANGLE
SEBELUM KERJA PEMASANGAN
KERJA MENGETUK PERMUKAAN DINDING

KERJA PEMASANGAN MOSAIC DIMULAKAN

SELEPAS SEPARUH KERJA PEMASANGAN DIJALANKAN


 To be continued...

Untuk makluman gambar yang ada sampai situ saja yaaa. Lepas tu battery kong. Nanti la eh update lagi, :P


Tuesday, 22 March 2016

Kandang Kambing

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t, aku telah diberikan rezeki untuk aku memulakan pembinaan kandang kambing dan sehinggalah kambing melangkah masuk kedalam.
 
RANGKA kandang 9x9

BOLT & NUT yang digunakan

JAGUH KAMPUNG in action

AYAH & ADIK2 dalam proses pembinaan

Pembinaan DIKAWAL SELIA oleh jaguh kampung
KANDANG KAMBING siap sedia menerima tetamu

Kalau nak diceritakan sejarah bagaimana tergeraknya hati untuk membela kambing nie rasanya tak pulang den dok kat ofis nie mengarang, haha.

Di pendekkan cerita, selepas tamat belajar dahulu melihat kawan2 mengusahakan penternakan kambing secara part time dan berjaya membuahkan hasil sampai la sekarang ni. 

Di situlah tergerak hati kecil ni untuk berusaha dan mencuba sendiri. Alhamdullilah langkah pertama berjaya dengan support dari semua ahli keluarga terutama isteri tersayang :)

Dengan menggunakan kayu 2nd hand dan membina sendiri kandang kambing bersaiz 9x9 sangat menjimatkan.

Di antara barang2 yang diperlukan :

1. Batu bata
2. Simen
3. Kayu dan Papan
4. Bolt & Nut
5. Screw
6. Zink (Atap)

KOS PEMBINAAN KANDANG : < RM1500